March 4, 2011

lewat bicara mama

NAZID terpaku melihat susuk tubuh yang membelakanginya itu. Disaat tubuh itu berpaling, dia seakan-akan tidak lagi berpijak di bumi yang nyata. Kehadiran seakan tidak dipercayai. Seumur hidupnya,Datin Roslinda dan Dato’ Ahmad Nazmi tidak pernah menyebut apatah lagi bersuara mengenai saudara kembarnya itu. Apabila keadaannya kian kritikal,barulah kedua orang tua itu memberitahu dia bukanlah tunggal dan satu-satunya anak lelaki mereka.Antara hendak atau tidak,dia harus menelan semua itu. Dia mengibaratkan dirinya melihat sebuah cermin besar. Susuk tubuh itu seakan-akan pantulan dari cermin. Beberapa kali dia mengosok-gosok matanya. Apabila senyuman diukir oleh saudara kembarnya, barulah dia tersedar.


“ Mama, kenapa mama tak pernah memberitahu kehadiran Nazli?”tangkas soalan itu ditanya.


“ Ermm…,” Datin Roslinda tidak mampu menyatakan kebenaran kepada anak kesayangannya itu.


“ Bukan papa dan mama nak merahsiakan ini semua daripada kamu tapi….,” Dato’ Ahmad Nazmi menerangkan situasi sebenar.


“ Kenapa bila Ajid dah berkeadaan begini baru mama dan papa ketemukan kami? Kenapa kami dipisahkan papa?Ajid perlukan penjelasan,”tingkah Nazid yang teramat memerlukan penjelasan dari kedua orang tuanya. Manakala Nazli hanya mematungkan diri.Kenapa begini nasib kita? Desas hati Nazli. Mereka berpandangan seketika. Senyuman sekali lagi terukir. Bahagia menyelinap masuk ke ruang rongga nafasnya,meski tidak selancar bicara.


“ Maafkan saya.Ahmad Nazid sekarang sudah tiba masanya untuk menjalani pembedahan. Saya berharap keluarga pesakit dapat menunggu di ruang menunggu. Miss,sila tunjukkan mereka. Maafnya,”pinta Dr Syed Azman selaku ketua pembedahan ini.


“ Sayang,mama doakan semua akan berjalan dengan lancar. Mama harap kamu tabah. Kuatkan semangat kamu. Ye,sayang,”


“ Ajid, papa doakan Ajid kuatkan hati untuk jalani semua ini,”


“ Ajid, aku harap kau cepat sembuh. Dah lama aku tunggu saat ini. Untuk kita kembali sebagai sebuah keluarga yang bahagia. Semoga kau tabah. Aku harap sangat aku diterima kembali dalam keluarga ini setelah kau sembuh nanti,” kata-kata terakhir Nazli membuatkan Nazid tertanya-tanya.Setelah itu, nurse menolak katil Nazid untuk dibawa ke bilik pembedahan. Diiringi doa dan dorongan dari keluarga, Nazid menitiskan air matanya. Dia terlalu takut jika pembedahan ini tidak berjaya.


Nazid.


Akhirnya tibalah saat yang paling aku takuti dalam hidup ini. Sementara dalan perjalanan menuju ke bilik pembedahan, otakku ligat berfikir mengenai kejutan demi kejutan yang terpaksa aku lalui kebelakangan ini. Hati aku berdebar-debar. Fikiran aku bercelaru. Adakah aku akan selamat menjalani pembedahan ini? Adakah aku akan dapat bertemu kembali dengan saudara kembarku yang telah lama terpisah? Apakah rahsia disebalik kejadian ini? Matikah aku jika pembedahan ini gagal? Aku belum bersedia untuk mati. Semoga Tuhan memberi aku peluang untuk menatap dunia ini lagi. Saat bius mula menjalar dalam pembuluh darah, aku mulai rasa mengantuk dan tidur. Semoga mimpi yang indah.


Nazli.


Adakah kesudahan semua ini adalah terbaik? Mama,dapatkah kau menerima aku lagi? Masih ada ruangkah untuk aku mendapatkan setitis kasih sayang daripadamu? Mama, kenapa aku yang perlu berkorban? Tidak terdetikkah di hatimu bahawa aku juga anakmu? Anak dari rahimmu. Aku juga seperti manusia yang melalui frasa-frasa pembentukan dalam rahim. Tapi mengapa aku seolah tidak dihargai olehmu? Kenapa kau tidak dapat menerima aku dalam hidupmu, mama? Rintih hati aku seolah-olah tidak dimengerti. Sepanjang aku melihat dunia lalu belajar bertutur,merangkak,berjalan dan berlari,mama tak pernah menghadirkan diri untuk aku walau sesaat. Hanya opah yang melayani kerenah aku. Lagaknya aku seperti anak opah. Bukan anak kepada Datin Roslinda dan Dato’ Ahmad Nazmi. Bahkan, adik kepada Nazrah dan Nazleen. Abang kepada Nazira dan Nazdrah. Aku dibesarkan oleh opah dan atuk. Kenapa hanya aku yang perlu melaluinya? Seorang diri tanpa mama, papa dan adik-beradik yang lain. Aku membesar dengan dunia fantasi yang direka oleh opah. Sampailah satu hari opah menceritakan semuanya.


“ Lee, opah nak bagitahu kamu satu perkara,” opah memulakan bicara. Terlalu lembut dipendengaran Nazli.


"Ada apa opah. Lee sedia mendengar,” tutur lembut Nazli bersuara.


“ Kamu janganlah berdendam dengan orang tua kamu kalau opah beritahu kebenaran ini,”


“ Baiklah opah. Opah telah mendidik saya dengan terapan yang tidak mungkin saya canggahkan. Opah janganlah risau,” Nazli menenangkan hati. Padahal, hatinya sudah membengkak untuk mengetahui kebenaran itu.


“ Nazli, sebenarnya apa yang opah ceritakan pada kamu mengenai orang tua kamu bukan yang sebenarnya. Kamu ada kembar. Dan kembar kamu sakit barah hati. Disebabkan itu, mama menyalahkan kamu 100%. Dia menyerahkan kamu pada opah kerana bimbang fikirannya yang terganggu akan menyebabkan dia bertindak di luar jangkaan. Bukan mama kamu tak sayang pada kamu. Tapi, kamu harus faham jiwa muda sentiasa bergolak. Opah tahu kamu sudah boleh membezakan kebenaran kata-kata opah. dan sebab opah merahsiakan semua ini dari pengetahuan kamu. Dan opah mahu kamu tahu, tidak lama lagi abang kembar kamu akan menjalani pembedahan. Opah rasa kamu perlu menghadirkan diri kamu di sebelahnya. Percayalah, setiap kejadian yang Allah tetapkan itu adalah yang terbaik untuk hamba-Nya. Terpenting kamu harus bersabar dengan ujian-Nya. Opah tidak mahu kamu berdendam dengan mama dan papa kamu kerana hal ini. Kamu faham maksud opah?”Nazli terpaku mendengar bicara lembut opah kesayangannya. Dia terpempan. Dadanya sesak menerima perkhabaran itu. Terasa seperti batu besar sedang menghempap kepalanya. Terasa pedih,sakit dan pilu. Ulu hatinya terasa pedih. Dan pandangannya gelap. Nazli mendiamkan perkara ini dari pengetahuan sesiapa. Bimbang dia sekali lagi menjadi bebanan kepada keluarga.Aku sudah berada di atas katil saat aku membuka mata. Aku tidak ketahui apa yang berjadi setelah aku pengsan. Bau ubat menusuk ke dalam hidung membuatkan aku loya dan ingin termuntah. Aku bingkas bangun. Terlihat kelibat opah di sofa bilik. Wajah tuanya, aku tatap. Selama aku hidup, hanya kesih sayangnya yang mengubat rindu pada mama dan papa. Aku tak mengerti kenapa harus aku menjalaninya? Setelah mengetahui kebenaran itu, aku cuba untuk menghubungi mama. Aku yakin mama telah berubah. Akhirnya, usaha aku tidak sia-sia. Mama membenarkan aku berjumpa dengan Nazid kerana dia khuatir ini adalah kesempatan terakhir aku. Kali pertama berjumpa dengan mama, air mata aku hampir menitis. Dia memandang aku seolah-olah aku bukan dari rahimnya. Jijik benar aku dipandangan matanya. Papa dapat menerima aku seadanya aku. Hati kecil aku sayu melihat pandangan mama padaku. Saat itu, aku belum berkesempatan untuk bertemu dengan Nazid. Nazid sedang menjalani pemeriksaan. aku berharap sangat aku dapat bertemu dengannya. Walaupun untuk seketika.

Nazid.


Dengan kudrat yang ada,aku sedaya upaya untuk membuka mata. Terasa perit rasanya tekak aku. Dalam kepayahan aku mencapai gelas berisi air yang berada tidak jauh dari katilku. Aku hanya mampu melihat syiling. Tiba-tiba,


“ Hai, Ajid. Kau da sedar? Aku panggilkan mama ye,” Nazli bergegas berlari mendapatkan Datin Roslinda. Jeda.Kedengaran pintu wad dibuka, beberapa orang nurse turut menyertai doktor untuk memeriksa keadaan aku.


“ Jangan risau. Nazid sudah hampir ke tahap yang stabil. Dia cuma perlu banyakkan berehat. Jangan lupa makan ubatnya,” tegas doktor memberikan arahan.Gembira apabila melihat wajah kesayangan ada sekelilingiku. Menjalani kehidupan dengan kewujudan Nazli tidak pernah aku sia-siakan. Aku rasa masa aku sudah hampir tiba. Melihat layanan mama terhadap Nazli buat aku khuatir. Jika pemergian aku mampu mengubah nasib Nazli, tidak salah rasanya. Aku sudah cukup bahagia dengan apa yang aku kecapi sekarang. Hidup dengan limpahan perhatian mama, papa dan adik-beradik yang lain. Beserta limpahan harta dunia yang tidak pernah luak untuk aku. Biarlah Nazli merasai apa yang layak dia rasai. Aku pergi dengan aman.

Nazid & Nazli


Setiap kejadian Tuhan ada hikmah-Nya. Mungkin ini takdir yang harus aku lalui dan jalani sepanjang bergelar khalifah. Pandangan serong itu hanya dibiar sepi.Biarlah mama dengan tingkahnya. Asalkan aku masih mengecapi kasih dari papa dan adik-beradik yang lain. Di pusara Nazid, aku mengadu nasid dan meluahkan rintihan hati. Mama takkan pernah mengetahui. Meski maruah aku tercalar, namun itu tidak bermakna tiada rasa hormat untuk mama. Kini aku dan Nazid telah bersatu. Tapi mama tidak pernah nampak akan semua itu. Di matanya hanya aku yang khilaf.


“ Walaupun Nazid dah takde,tak bermakna kau mampu menggantikan tempat dia dalam rumah ni,”


Masih terngiang jerkahan mama padaku. Aku hanya mematukan diri. Seolah-olah tiada perasaan. Perlahan-lahan ulu hati aku terasa pedih. Sakit. Mama tidak pernah tahu aku dan Nazid adalah kembar. Dan apa yang dirasai oleh Nazid akan dirasai oleh aku juga. Tapi mama selalu lupa. Dan aku pula terlupa untuk mengingati mama. Aku juga sama seperti Nazid. Terasa aku berada diawang-awangan. Peritnya dalam hati tidak pernah mama dalami. Aku dengar suara lantang mama menjerit namaku. Saat itu, aku terlihat sinar bahgia mula terpancar. Nazid datang menyambutku. aku membuat keputusan untuk mengikuti jejak Nazid. Jika itu adalah kebahagiaan buat mama, aku rela. Akhirnya, aku lena dalam dakapan khayalan emosi mama.

No comments:

Post a Comment