March 11, 2011

masih ada harapan 1

Majlis pertunangan antara Along dengan Malik telah berjalan lancar. Namun Asma masih tercari-cari gerangan Si Dia yang masih tidak menampakkan muka. Kata nak datang, detik hati kecilnya. Asma cuba menghubungi telefon bimbitnya tetapi temui kegagalan bila operator yang menjawabnya. Asma termundar-mandir di hadapan pintu utama kerana kelibat Si Dia masih belum kelihatan. Hampir dua jam menunggu akhirnya Asma berputus asa. Mesti dia tak datang ni. Getus hati kecilnya. Asma terus mendail telefon Si Dia namun tetap tiada jawapan.

Pada sebelah petang, Asma mengemas dapur dan mencuci segala perkakas yang digunakan semasa berlangsungnya majlis pertunangan Along. Tiba-tiba ada orang berdehem dia belakangnya. Akan tetapi Asma yang sedang khusyuk mencuci tidak menyedarinya.

“Awak?” tegur seseorang.

Asma pantas menoleh. Rupa-rupanya Rafi di belakangnya.Asma menghela nafas lega kerana orang yang ditunggu akhirnya muncul juga.

“Lambatnya sampai? Majlis dah habis la,”rengek Asma.

Rafi hanya tersenyum sambil memandang wajah kekasihnya itu.

“Kenapa awak lambat sangat ni?”tanya Asma lagi apabila soalannya tadi dibiar sepi.

“Jalan sesak,”jawab Rafi dengan nada yang perlahan.

“Tak apalah. Awak dah makan belum? Nanti saya sediakan,” ramah Asma melayan Rafi masakan tidak kerana mereka berkawan hampir 4 tahun.

“Saya dah kenyang. Awak, saya datang ni ada pesanan yang nak disampaikan,” kata Rafi.

“Apa dia? Beritahulah.”

“ Saya terpaksa menghentikan hubungan kita ni atas perkara-perkara tertentu,”

Asma tersenyum.

“ Berapa lama awak nak hentikan hubungan kita?” tanya Asma.

“Mungkin akan makan masa selama setahun. Saya harap awak dapat melupakan saya untuk sementara waktu ni,”

“ Em, saya rasa saya akan tunggu awak semampu saya. Tetapi boleh saya tahu adakah semuanya berpunca dari saya?”

“Bukan dari awak. Cukuplah awak tahu semuanya berpunca dari saya,” Rafi memandang wajah Asma seperti ingin mengatakan sesuatu namun tidak kesampaian. Asma hanya mampu memandang wajah Rafi sedalam-dalamnya.

“Awak, saya nak minta diri dulu,” tegur Rafi bila hampir 5 minit masing-masing membisu.

Jeda. Asma masih membisu. Mahu tidak mahu Rafi terpaksa mengoncangkan bahu Asma dengan lembut. Asma tersenyum.

“ Maafkan saya. Awak cakap apa tadi?”

“Saya nak minta diri dulu,” kata Rafi lembut.

“Kenapa?” tanya Asma.

“Saya ada kerja sikit nak uruskan,”gesa Rafi memaksa Asma untuk reda.

“Baiklah, saya harap awak masih sudi untuk berkawan dengan saya. Saya tak mengharapkan apa-apa lagi. Cukup sekadar kawan,”Asma masih mengharap.

“Baiklah, assalamualaikum. Jaga diri awak baik-baik tau. Ingat, saya sayang awak selalu,” Rafi mengakhiri perbualan mereka.

Seminggu kemudian, Asma didatangi oleh Qawi,sepupunya Rafi untuk menyampaikan perkhabaran duka. Sebaik sahaja mendengar berita yang disampaikan oleh Qawi, Asma menegaskan pendiriannya untuk menunggu Rafi. Qawi mengeluh kerana usahanya membuatkan Asma melupakan Rafi tidak berjaya. Hidup ini memang terlalu banyak perkara benar yang melukakan. Namun Asma tetap tersenyum dan dia tidak akan sekali-kali beralih dengan keputusannya sebab dia yakin Rafi tidak akan mengecewakan dia seperti lelaki lain. Namun hari tidak selalunya cerah. Rafi datang membawa berita pedih. Ibarat langit menimpanya berdentum bunyi kilat menyambung tanda setuju dengan perasaan yang dihadapi oleh Asma, dia cuba menyembunyikan rasa yang hadir dalam diri. Terngiang lagi suara itu menyampaikan berita .

“ Saya dah ada penganti awak. Saya nak minta maaf kat awak sebab melukakan hati awak. Lupakan saya,”

Suara itu bagaikan hempapan yang maha besar lagi berat untuk diterima. Untuk apa kasih dicurahkan penuh setia andai ini yang diterimanya. Untuk apa kesetiaan yang dipertaruhkan andai begini akhirnya. Tanpa disedari empangan air mata merembes keluar, sedih yang tidak terhingga dirasai olehnya. Dia tidak mengerti mengapa Rafi sebegitu cepat mencari penggantinya sedangkan dia masih tetap dengan keputusannya itu. Benarlah kata-kata yang diperkatakan oleh Qawi.

“Asma, i rasa you patut lupakan abang tu. Tak ada guna you harapkan orang macam abang tu. I taknak you kecewa macam orang yang pernah abang permainkan,”

“ Wi, I rasa i tak patut biarkan abang keseorangan kalau betul abang ada masalah,”

i ni cousin abang. I lebih kenal dia dari you. I lagi rapat dengan dia dari you. Cubalah untuk kali ini you dengar cakap i, sayang. I Cuma taknak you terluka je,” Qawi cuba memujuk Asma. Namun Asma tetap dengan pendiriannya.

you tau tak yang Abang tu dah menduakan you. Sebab itulah dia minta pelepasan dari you. Ex-girlfriend dia datang balik dekat dia. You tau tak?” Asma terkesima mendengar berita itu. Namun dia sedaya upaya tidak mempercayai kata-kata dari Qawi.

You ni biar betul? Takkanlah abang sanggup buat I macam ni? I dengan dia dah lama kenal,”

“ Kenal lama tidak bermakna You kenal hati budi abang tu betul-betul,” tegas Qawi.

“ Tak apalah Wi, I rasa better i tunggu penjelasan abang sendiri,” kata-kata terakhir dari Asma membuatkan Qawi berputus asa untuk memujuknya.

No comments:

Post a Comment